Assalamualaikum..Hari pertama menulis di blog ini, alhamdulillah. Harap dapat memberi sedikit manfaat buat insan lain. InshaAllah.
"SELAMAT HARI GURU"
Ungkapan ini seringkali kita dengar pada setiap 16 Mei. 16 Mei merupakan hari yang istimewa bagi setiap warga pendidik. Tarikh ini merupakan hari penghargaan buat insan-insan yang mendidik dan bertungkus lumus mencurah ilmu. Ramai yang berpendapat, kerjaya guru amat indah dan mudah berbanding kerjaya lain. Tambahan pula dengan cuti sekolah yang panjang dan masa kerja yang lebih singkat berbanding kerja lain. Namun begitu, hanya guru yang benar-benar mengerti hakikat cabaran di sebalik setiap tugasan yang mereka lakukan dalam mendidik dan membentuk manusia.
Mengajar di kawasan pedalaman memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza berbanding di bandar. Kawasan ini permai dengan suasana kekampungan yang menterjemah suasana desa yang sebenarnya. Sekolah yang dikelilingi sungai di kiri dan kanannya. Murid-murid Iban yang dahagakan ilmu. Di sini anak-anak mula tinggal di asrama seawal usia 7 tahun!!! Hakikat usia yang masih manja dan memerlukan belaian dari seorang ibu. Namun semua ditinggalkan demi ilmu di kemudian hari.
Banyak yang saya belajar di sini. Guru perlu tabah, berani, berdikari, reda dan sabar dalam erti kata yang bukan sedikit. Murid di pedalaman biasanya akan lebih banyak bergantung kepada guru dalam mencari ilmu. Lazimnya guru perlu mencari kaedah yang pelbagai kepada setiap masalah pembelajaran anak muridnya.
Apa pun yang kita lakukan, nilaiannya hanya terletak pada pandangan Allah. Carilah redha Allah bukan redha manusia semata. Semoga kita tabah dan ikhlas dalam arena perguruan ini. Terima kasih jua buat semua pendidik yang telah mendidik diri ini. Hari guru:hadiah pengorbanan dan penghargaan buat guru. Daebak cikgu semua... Caiyok3!!!
Terimalah serangkap pantun bahasa Iban dari saya:
Manah idup nadai sebak,
Selamat datai ngagai kaban,
Enti tusah anang nyabak,
Agi idup agi ngelaban.. ;)
